Skip to main content

Tips Menjaga Kabel Daripada Rosak



Telefon bimbit merupakan peranti yang amat penting dan paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Orang ramai sering kali menitik beratkan penjagaan telefon bimbit seperti menggunakan casing dan pelindung skrin. Namun, tidak dapat disangkal lagi, telefon bimbit tidak dapat digunakan apabila baterinya habis. Dan lebih malang lagi, kabel pengecas telefon bimbit pada hari ini, amat mudah untuk rosak. Walaupun kabel pengecas ganti mudah didapati di mana-mana, pastinya pengalaman tersebut tidak akan sama berbanding menggunakan kabel pengecas yang asal.
Jadi, kenapa kabel pengecas telefon bimbit lebih mudah rosak? Tidak seperti peranti lain, anda sebenarnya lebih banyak menggunakan telefon bimbit berbanding peralatan elektrik yang lainnya. Ini menghasilkan tekanan terhadap kabel pengecas anda. Selain itu, kabel pengecas telefon bimbit lebih kecil dan nipis. Oleh yang demikian, kabel ini lebih mudah untuk rosak. Disebabkan kadar penggunaan yang amat tinggi, anda cenderung untuk mengangkut kabel pengecas ke mana-mana sahaja. Ini juga menyebabkan kabel tersebut cepat rosak.
Seeloknya, langkah-langkah pencegahan perlulah diikuti sebelum berlakunya kerosakan pada kabel pengecas anda. 
Pertama, anda sama sekali tidak boleh mencabut pengecas anda dengan menarik kabel kerana, tekanan yang terhasil boleh menyebabkan kerosakan di bahagian dalam kabel. Sebaliknya, cabut pengecas dengan menarik bahagian kepalanya. 
Selain itu, pastikan pengecas anda sentiasa berada dalam suhu yang ideal. Suhu yang ekstrim seperti terlalu panas atau sejuk boleh merosakkan kabel pengecas anda. Elakkan mengecas peranti di atas karpet dan sekiranya terlampau sejuk, pastikan kabel anda tidak terdedah kepada suhu yang rendah.
Seterusnya, pastikan pengecas peranti anda sentiasa kering dan tidak terkena air. Elakkan mengecas peranti anda di dalam bilik air atau di dapur.
Gunakan alat pelindung arus pusuan, SPD (surge protection device). SPD adalah sejenis perlatan yang dipasang bagi melindungi peralatan elektronik daripada mengalami kerosakan atau terbakar akibat arus pusuan. Arus pusuan boleh terhasil daripada kilat.
AKhir sekali, anda boleh menggunakan pelindung kabel. Pelindung kabel dapat melindungi peranti anda pada bahagian hujungnya daripada rosak akibat lekukan atau tekanan secara paksa.
Image result for pelindung cable
Pelindung kabel (Sumber gambar: Ali Express)

(Sumber rujukan: Interesting Engineering, Electronic Products, theufopiringterbang)

Comments

Popular posts from this blog

APA KAITAN RAM DENGAN PROCESSOR ?

Memory ataupun RAM (Random Access Memory) digunakan untuk menyimpan data sementara untuk memudahkan processor untuk akses data tersebut. RAM pulak hadir dalam size yang berbeza, 4GB, 8GB, 16GB dan ia juga mempunyai kelajuan yang berbeza seperti 1600 Mhz, 1333 Mhz dan banyak lagi, bergantung atas jenis RAM yang anda gunakan. Jika laptop anda tidak ada RAM, laptop anda tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana, tanpa RAM, laptop anda tidak akan mampu untuk menghasilkan gambar ataupun display. Size dan kelajuan RAM perlu seiring dengan kelajuan processor. Jika processor anda laju, anda perlukan juga size RAM yang besar, speed RAM yang laju. Renungkan… Kita memiliki laptop yang mempunyai processor Celeron, tetapi kita ingin menanbah RAM Sebesar 16 GB, Celeron iaitu processor yang agak dibawah berbanding processor yang ada dipasaran kini, nasihat saya adalah anda tidak perlu menggunakan ram yang besar apabila anda menggunakan processor yang rendah berbanding dengan pr...

How To increase your SELF-CONFIDENT and SELF-ESTEEM

Hello guys! since my nature is more on writting, so here you go.. Confident? What is that? Today's talk is about "self-confident"   Being confident is a personal journey its means with faith. everyone is on the different path.. The tips im giving to you are universal. its gonna help jumpstart your journey. 1-Remember the confident is like a mental muscles -think positive thought.. so take a deep breath and reminds yourself that life is too short. - you wanna have a healthy habit of maintaining this mental muscles, but also dont wanna over do it,  everything in moderation , balance is key :) 2-Find Your Qualities -instead of foccusing on the negative which i know can be hurt, FOCUS ON THE POSITIVE and it doesnt have to be in physical . No one  is perfect than everything, And we all made to be perfectly imperfect. Just like the crystal  ... it's look nice but the particle in it doesnt fix so well, its not perfectly cut like a flowers diamond but its beau...

5 sebab kerjaya Customer Service antara yang masih menjadi demand di market kerjaya

Pada postingan kali ini, saya ingin kongsikan antara yang menjadi asbab Customer Service ini masih relevant untuk dijadikan sebagai kerjaya pada masa akan datang Seringkali saya ingatkan, kerjaya sebagai perkhidmatan khidmat pelanggan ini, bukanlah semua orang yang boleh lakukannya, saya juga seringkali gagal ketika  menangani halangan-halangan ketika berdepan situasi yang tegang ketika sedang bekerja di dalam bahagian khidmat pelanggan. Ok, Baiklah, saya akan kongsikan 5 sebab kerjaya Customer Service ini masih relevan di pasaran kerjaya buat masa ini, 1. Gaji yang lumayan sengaja saya letakkan gaji sebagai sebab yang paling utama, kerana kalau bagi saya, saya akan cuba pertimbangkan gaji terlebih dahulu, hal ini kerana, tanpa gaji yang mengcukupi, kita tidak akan dapat membahagikan wang kita kepada bahagaian-bahagian keperluan yang lain seperti bahagian untuk kemahuan, bahagian untuk kecemasan, dan sebagainya, merujuk kepada  Portal Jobstreet , kerjaya seperti...