Skip to main content

Tips Menjimatkan Wang Tanpa Perlu Menahan Lapar

Baiklah. Hari ini saya ingin berkongsikan serba sedikit pengalaman saya  bagaimana saya survive untuk mengawal aktiviti keluar dan masuk wang saku saya sepanjang  bergelar seorang pelajar.




0. Makan di dalam kampus

Harga makanan di dalam kampus sememagnya murah dan sedap jika dibandingkan makanan di luar kampus. Harga yang ditawarkan juga rendah. anda boleh jimat sehingga separuh daripada perbelanjaan anda sekiranya anda membeli makanan di dalam kampus.

0. Pergi Kelas

Masuk kolej atau universiti bukannya percuma,  Belajarlah bersungguh-sungguh supaya yuran yang anda bayar itu berbaloi untuk kejayaan anda. Malah mungkin ini merupakan pelaburan terbaik anda!

1. Pinjam Buku Rujukan

Meminjam buku rujukan di perpustakaan ataupun meminjam buku dari rakan-rakan anda dapat menjimatkan duit, anda boleh juga fotostet daripada membeli buku. Tetapi pastikan dulu bahawa " lecturer anda tidak kisah akan bahan rujukan fotostet"

2. Guna rapid / bas awam berbanding uber, taxi

bolelah sesekali guna uber ke , taxi ke.. tetapi keraplah guna rapid atau bas-bas awam yang banyak dan mudah didapati. Tetapi pengangkutan awam ni kena tunggu lebih lama sedikit berbanding naik uber, grab dan lain-lain.

3. Gunakan Kad Pelajar

anda akan dapat banyak manfaat apabila membawa kad pelajar anda kehulur=kehilir. Tetapi pastikan jaga baik-baik. Jangan sampai hilang.

4. Duduk DI asrama

Hampir setiap universiti tempatan menyediakan asrama untuk pelajar-pelajarnya yang aktif di universiti. Libatkan diri dalam kegiatan -kegiatan di universiti seperti kokurikulum, persatuan dan lain-lain untuk membolehkan anda berpeluang untuk terus duduk di asrama

5. Kurangkan Merokok dan Vape

rasanya ni tidak perlu saya huraikan.
Kurangkan lah ya.. untuk pelaburan kesihatan di masa hadapan anda!

6. Cuci Baju sendiri

mencuci baju sendiri berbanding basuh di dobi dapat menjimatkan wang saku anda!

7. Berkongsi Peralatan Belajar

Terdapat alatan atau perkakasan belajar yang boleh dikongsi antara pelajar. Sebagai contohnya adalah mesin pencetak. Jika anda duduk di dalam satu rumah yang mempunyai 5 orang pelajar, kongsi antara 5 orang untuk beli hanya satu mesin pencetak.


8. Laptop mengikut Kos dan kemampuan anda

Beli komputer atau laptop yang dapat memenuhi keperluan anda bukannya beli komputer atau laptop yang memenuhi kehendak anda. Laptop yang mempunyai spesifikasi yang sederhana sudah cukup jika anda hanya menggunakan laptop bagi menyiapkan assignment. Laptop boleh diperolehi dengan harga semurah RM900+ dan ianya sudah cukup untuk keperluan itu

9. Telefon Pintar

Tidak dapat dinafikan bahawa telefon merupakan satu keperluan di zaman sekarang dan semua pelajar kini mempunyai telefon pintar mereka sendiri. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu beli telefon pintar yang terlalu mahal untuk kegunaan harian anda. Ini adalah kerana telefon yang mahal akan menarik minat orang untuk mencuri telefon tersebut. Untuk mengelakkan anda kerugian kerana telefon dicuri, elakkan dari membeli telefon yang mahal. Cukup beli telefon yang boleh digunakan untuk perhubungan. Bukan telefon pintar je yang pintar, anda pun perlu pintar menguruskan kewangan anda. "smile"

10. Libatkan Diri Dalam Program Yang ditawarkan pihak uni


Kalau anda pandai mencari, banyak je program yang dianjurkan oleh pihak institusi . Contohnya program dua hari tiga malam la, dan lain-lain. kebiasaannya anda tidak perlu berbelanja lebih, malahan makanan dan minuman juga disediakan sepanjang aktiviti tersebut. Lihat la anda dapat jimat banyak sepanjang hari tersebut.

Image result for lukisan duit

11. Pastikan Perbelanjaan anda dicatat

ini juga bagaimana anda dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih berjimat cermat.

Toshl Finance

Aplikasi Toshl ini ada di platform utama, terutamanya android.dengan adanya aplikasi ini, pengguna boleh mencatatkan perbelanjaan harian mereka. Sekali gus melihat baki wang mereka dalam sesuatu bulan.
12. Cari Sales
ha ni tipu la kalau ramai yang tak pernah beli-beli baju/ shopping ke.. ni saya pun pernah terlibat. anda boleh tunggu promosi butik-butik baju brand yang berjenama seperti Parkson, brands outlet, Vinci dan lain-lain. ha tunggu je la sampai dpt announcement sales Harga runtuh bagai nak gila!. bukan sales baju je, sales lain-lain pun ada. sebab saya lelaki kan, saya cerita itu je la :))
13. Part Time
banyak part time yang anda boleh cari, contoh dropship menjual baju, kasut, jam, makeups dan lain-lain. Selain itu gunakan platform Facebook, Twitter dan Instagram korang untuk menjana pendapatan. tak banyak pun tak apa, asalkan ada lebih sikit untuk in case ada apa2 di masa hadapan kelak. Lagi satu, banyak je kiosk di tempat belajar korang, buatlah part time di situ.
14. Bawa duit sikit sahaja 
saya akan sediakan rm 50 di dalam dompet, untuk makan, minum, bayar2 kertas assignment semua. ingat satu je, biar sikit duit di dompet, asalkan ada banyak simpanan.
15. Cari peluang
nanti masa dah start kena beli2 buku. Cubalah contact2 Senior2 . Bagi ayat manis2 sikit sampai mereka bagi harga murah. Saya pun banyak je jual buku2 awal2 sem dengan junior2 saya.
dan yang terakhirnya Banyakkan Bersedekah.
** walaubagaimanapun, Minta dengan Allah agar segalanya dipermudahkan, diberi kecukupan, yang baik datangnya daripada Allah. 





Comments

Popular posts from this blog

5 sebab kerjaya Customer Service antara yang masih menjadi demand di market kerjaya

Pada postingan kali ini, saya ingin kongsikan antara yang menjadi asbab Customer Service ini masih relevant untuk dijadikan sebagai kerjaya pada masa akan datang Seringkali saya ingatkan, kerjaya sebagai perkhidmatan khidmat pelanggan ini, bukanlah semua orang yang boleh lakukannya, saya juga seringkali gagal ketika  menangani halangan-halangan ketika berdepan situasi yang tegang ketika sedang bekerja di dalam bahagian khidmat pelanggan. Ok, Baiklah, saya akan kongsikan 5 sebab kerjaya Customer Service ini masih relevan di pasaran kerjaya buat masa ini, 1. Gaji yang lumayan sengaja saya letakkan gaji sebagai sebab yang paling utama, kerana kalau bagi saya, saya akan cuba pertimbangkan gaji terlebih dahulu, hal ini kerana, tanpa gaji yang mengcukupi, kita tidak akan dapat membahagikan wang kita kepada bahagaian-bahagian keperluan yang lain seperti bahagian untuk kemahuan, bahagian untuk kecemasan, dan sebagainya, merujuk kepada  Portal Jobstreet , kerjaya seperti...

Happy 2019

3 months ago, I turn 20. Since it is the end of 2018, here are the 20 things that I learned at 2018. Do not fret over the trivial matter.  No matter How old you get, you'll always need a hug from your mom to make everything better. You deserve love more than the deep of the ocean  Your life isn't yours if you constantly care of what people think or say.  When you agree and say yes to others make sure you are not saying no to yourself.  Feel free to unfollow, block something that makes you doubt, insecure or feel bad about   yourself. Sometimes you gotta do what you gotta do for your mental health.  Don't let the good times pass without having pictures of it. There's no use crying over the spilled milk. All you can do is slowly fill the glass up again. (tell your heart to beat again).  Indeed what is to come will be better for you than what has gone by" surah Ad-Dhuha verse 4. Its okay not to be fit-in.  If you don...

APA KAITAN RAM DENGAN PROCESSOR ?

Memory ataupun RAM (Random Access Memory) digunakan untuk menyimpan data sementara untuk memudahkan processor untuk akses data tersebut. RAM pulak hadir dalam size yang berbeza, 4GB, 8GB, 16GB dan ia juga mempunyai kelajuan yang berbeza seperti 1600 Mhz, 1333 Mhz dan banyak lagi, bergantung atas jenis RAM yang anda gunakan. Jika laptop anda tidak ada RAM, laptop anda tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana, tanpa RAM, laptop anda tidak akan mampu untuk menghasilkan gambar ataupun display. Size dan kelajuan RAM perlu seiring dengan kelajuan processor. Jika processor anda laju, anda perlukan juga size RAM yang besar, speed RAM yang laju. Renungkan… Kita memiliki laptop yang mempunyai processor Celeron, tetapi kita ingin menanbah RAM Sebesar 16 GB, Celeron iaitu processor yang agak dibawah berbanding processor yang ada dipasaran kini, nasihat saya adalah anda tidak perlu menggunakan ram yang besar apabila anda menggunakan processor yang rendah berbanding dengan pr...