"Selamat Terbang"
Aku tahu bukan mudah untuk bangkit dari jatuh, bukan mudah untuk pulih dari luka dan bukan mudah untuk melupakan segala rasa seksa yang dipendam pada manusia.
Segala rasa luka kau simpan pada rupa dan hidup dalam kepura-puraan dengan melemparkan senyuman sedangkan dalam hati menyimpan seribu satu rasa kecewa yang parah pada manusia lainnya.
Jika kau ingin tahu , aku pernah juga memakan kata-kata cacian , makian , apian namun apa yang buat aku bangkit dan terbang adalah aku singkirkan segala kata-kata hambaran dengan menutup mata dan telinga.
Mungkin aku ini insan yang istimewa yang mampu menutup mata melihat drama manusia dan menutup telinga dari apa yang manusia ingin kata, tetapi percayalah kau dan aku adalah manusia yang tidak lari bezanya untuk bangkit terbang bersama.
Terbang bukan bermakna kau harus lupa semua perkara , terbang adalah untuk kau tinggalkan dunia durjana yang buat kau menderita.
"Bangkit dan terbanglah demi Tuhan"
Jangan sesekali kau terbang demi manusia kerana jika kau lakukan untuk manusia , kau ibarat terbang di tempat yang sama bagaikan menunggu ditembak manusia jatuh berdarah dan kemudian rasa menderita yang sama.
Selamat Terbang Buat Kau Insan Yang Istimewa !

Bye! Until Next Post!
Comments
Post a Comment
saya nak tahu apa yang ada di pemikiran anda